....apabila diuji kita mudah buruk sangka dengan ALLAH,dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian krpada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita,tetapi hakikatnya ALLAH bertujuan menguji kita…..
saya tertarik dengan artikel yang ditulis oleh ABU ASIF di dalam majalah solusi isu ke-2….yang mana saya jadikan artikel itu sebagai nasihat untuk diri saya sendiri dan saya ingin berkongsi bersama2 sahabat berkaitan ilmu kehidupan ini mudah2han kita akan mendapat keberkatan dari perkongsian ilmu ini…
dimana kenyataannya yang menyebut untuk kita bersama2 berfikir dan merenung setiap perkara yang berlaku pada diri kita selama mana kita masih bernafas di bumi tuhan ini….
saya juga turut tertarik dengan dialog semasa FAHRI(watak utama dalam filem ayat2 cinta) di dalam penjara atas tuduhan memperkosa. Ketika beliau begitu terganggu ketika ingin memulakan solat,’teman’ sepenjaranya lantas membentak dan mencengkam leher bajunya lantas berkata,”dengar,Tuhan sedang berkomunikasi denganmu! Tuhan sedang mengajarmu erti sabar dan ikhlas….Dan itulah ISLAM!”
ya, ujian hidup adalah “guru” yang tidak bercakap,tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ia hakikat komunikasi tanpa suara antara Tuhan dengan hambaNYA. Ujian terkecil atau pun yang besar merupakan ujian ALLAH yang mempunyai maksud2 tertentu….
tetapi jahilnya kita,apabila ditimpa ujian sama ada secara langsung daripada ALLAH atau melalui orang lain,kita mula melatah.Terasa ALLAH tidak adil,sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut.
hati berdendam…hati buruk sangka…pada ALLAH yang mendatangkan ujian itu tetapi sebenarnya ALLAH MAHA PENGASIH jauh sekali ALLAH takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-NYA….malah setiap ujian yang diberikan terdapat hikmah disebaliknya untuk diri kita……
MELATIH KITA UNTUK MENDAPATKAN SIFAT2 TERPUJI
Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat yang terpuji. Sabar,redha,tawakal,baik sangka,mengakui diri sebagai hamba yang lemah,mendekatkan lagi diri kita dengan ALLAH,mengharapkan pertolongan ALLAH,merasai dunia hanya nikmat sementara dan banyak lagi sebenarnya….selain itu…ujian mengajar kita untuk MERASAKAN DIRI KITA INI BERDOSA…
sbb itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati ALLAH , ALLAH mendatangkan ujian KESUSAHAN kepadanya. Supaya hambaNYA tidak terus tenggelam dalam dosa dan noda.
kadangkala ALLAH dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita…tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat dan tidak meneruskan ujian itu sehingga bila2….
ujian juga bermaksud qisas(pembalasan) ke atas dosa2 kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum,sama ada di dunia mahupun di akhirat(kecuali kita telah bertaubat bersungguh2 sehingga ALLAH mengampunkan dosa itu)
bagi orang yang ALLAH kasih, di dunia lagi ALLAH hukum,tidak di akhirat…..dengan didatangkan KESUSAHAN,PENDERITAAN,KESAKITAN,KEMISKINAN,KEHILANGAN PENGARUH dan banyak lagi….sekiranya kita mampu bersabar dan redha itulah ganjaran pahala buat kita
sebaliknya…kalau kita tak boleh bersabar dan tak redha….malah kita merungut2,mengeluh dan memberontak..ia hanyalah akan menambahkan dosa kita….ujian yang tadinya untuk menghapuakan dosa kita ttp disambut dengan tidak redha oleh kita…..bertukar kepada penambahan untuk dosa kita…..nauzubillah…semoga dijauhkan…..
sekiranya kita dihukum di dunia lagi,kita patut bersyukur kerana kita bersih daripada dosa apabila kembali ke akhirat…
Adakalanya,kita ditimpa kesempitan hidup. Sengaja ALLAH takdirkan demikian kerana ALLAH sayang kepada kita..ALLAH hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-NYA. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah,maka ALLAH didik kita dengan kemiskinan.
Apabila kita diuji dengan kesakitan,ALLAH mahu memberitahu kita bahawa begitulah ssh dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa,menziarahi dan membantu orang yang menderita sakit.
Bagaimana pula kalu kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi.Ujian ini sengaja didatangkan agar terasa diri ini lemah, tiada kuasa menolak ketentuan ALLAH. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati,sekaligus membuang rasa bangga diri.
Begitulah sebenarnya…ALLAH mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian yang diturunkan kepada kita…kita sebagai hamba akan datang untuk MENGADU,MENGHARAP,MERINTIH BELAS IHSAN, DAN SENTIASA MERASAKAN HANYA ALLAH TEMPAT MEMINTA SEGALA-GALANYA.
Ujian juga bertujuan untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada ALLAH. Semakin diuji…… sepatutnya makin bertambahlah iman kita dan semakinlah dekat kita dengan ALLAH…
RUMUSANNYA….ALLAH takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barang siapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh atau merunggut….akan memperolehi syurga insyaallah….oleh itu….apa salahnya ujian yang diberikan kepada kita kerana ALLAH hendak menyelamatkan kita diakhirat kelak….
artikel ini berguna untuk saya perbaiki diri saya dan memotivasikan diri saya serta mengakui kesilapan saya yang kurangnya iman di dada untuk saya terus memantapkan iman yang ada….kerana saya telah mengakui…bahawasnya…setiap perkara yang terjadi dalam idup saya ada asbab nya yang tersendiri yang mane membuatkan saya lebih redha dengan ketetapan yang telah berlaku dalam idup saya….untuk saya bangkit dan bangun semula sebagai khalifah yang berguna di muka bumi tuhan ini wallahualam……
yang baik datangnya dari ALLAH dan yang kurang bagus tu datangnya dari lemahnya iman saya sendiri…..
salam kasih….salam muhibbah…..salam perpaduan dari saya mencari sinar untuk semua sahabat mudah2han kita beroleh sesuatu yang berguna dari artikel yang panjang lebar ini…moga kesabaran anda semua membaca artikel ini tidak sia2 insyaallah….(”,)





