Ahad, 13 Jun 2010

BeRbAhAgIaLaH MeNjAdI DiRi SeNdIrI



sejak zaman Nabi Adam hingga makhluk terakhir ciptaan ALLAH tidak pernah ada dua orang yang benar2 sama. Sebab itu,mengapa masih ada orang yang memaksa diri untuk menyamakan perilaku dan keperibadiannya dengan orang lain?

ketahuilah bahawa diri anda merupakan sesuatu yang lain datipada yang lain..tidak ada seorang punyang menyerupai anda dalam catatan sejarah hidup ini,belum ada seorang pun yang diciptakan sama dengan anda dan tidak akan ada orang yang serupa dengan anda di kemudian hari.

tetaplah berpijak dan berjalan pada keadaan dan sahsiah anda sendiri….”sesengguhnya tiap-tiap satu puak(diantara mereka) mengetahui tempat minumnya masing-masing.”(surah Al-Baqarah:60)

Hidup lah sebagaimana anda diciptakan:jangan mengubah suara,mengganti intonasinya dan jangan pula cara berjalan anda. Binbinglah diri anda dengan wahyu ALLAH tetapi juga jangan melupakan keadaan anda dan membunuh kemerdekaan anda sendiri.

Yang pasti, anda mempunyai corak dan warna tersendiri.Dan saya menyukai supaya anda tetap seperti itu: dengan corak dan warna anda sendiri sebab anda diciptakan demikian.Saya mengenali anda seperti itu maka jangan sekali-kali latah dengan meniru-niru orang lain.

Umat manusia,dengan pelbagai macam tabiat dan sakhsiahnya,seperti alam tumbuhan ada yang manis dan ada yang masam, ada juga yang panjang dan yang pendek.Seperti itu lah manusia…. jika anda seperti pisang,anda tidak perlu mengubah diri menjadi jambu,sebab nilai dan keindahan anda akan nampak jika anda menjadi pisang.

begitulah sesungguhnya perbezaan warna kulit,bahasa dan kemampuan kita yang tersendiri merupakan TANDA-TANDA KEBESARAN YANG MAHA MENCIPTA. Justeru,jangan sekali-kali mengingkari tanda-tanda kebesaran-NYA.

0 ulasan:


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors