bismillahhirrahmannirrahim……
Resah.Gelisah.Seraut wajah termenung jauh….”Orang lain semua dah kahwin,tinggal aku seorng saja.” Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.
“aku tak cantik ke?”
“aku kurang bergaya ke?”
“atau pun gaji aku x seberapa?”
“aku x pandai mengayat agaknya.”
Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya.Rasa rendah diri,stres dan gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorng tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting dapat.
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu kerana mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta,mereka masih x mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta cinta. Semua batas-NYA diredah segala. Tak kenal dosa pahala.
Oh, remaja!
Cinta sebelum kawin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya,asanya dibina dari dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang untuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?. Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namun,terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.
Kuhembuskan nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga. Bagi para gadis yang belum berpunya, andalah pilihan-pilihan ALLAH untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.
Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin ALLAH ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. DIA menguji anda sedikit masa lagi.
Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya,”first thing first”. Utamakan yang lebih penting. Kenali prioriti anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki,tabahlah dan terus berusaha. Ingat,pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan sedia.
(first thing first=ijazah…kerjaya…berbakti kepada ibu bapa…berumah tangga)
Memiliki seorng isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulia lah dengan usaha yag dicurahkan walaupun pinangan atau hubungan sebelum ini pernah ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana ALLAH menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-NYA. Teruskan berusaha!
Ingat…usaha yang ALLAH reda sahaja. Bagaimana dengan sms siang malam?atau bergayut di telefon memanjang?atau ajak keluar,belanja makan?begitukah???
Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu,itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.
Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi Peohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memiliki, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk AL-QURAN dan SUNAH.
MAKA BERINGATLAH WAHAI KESAYANGANKU SEKALIAN, URUSAN JODOH TAK KE MANA. SUDAH SEDIA TERCATAT SEUNGKAP NAMA DI LOH MAHFUZ UNTUK KITA. IANYA URUSAN YANG PASTI. APA YANG TAK PASTI, SAMA ADA KITA MENDAPATKANNYA CARA MULIA ATAU SEBALIKNYA. WALLAHU’ALAM………..
BINGKISAN YANG DIAMBIL DARI ORANG YANG AMAT DAKU SAYANGI N KAGUMI(FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN) UNTUK PERINGATAN BAGI DIRI SENDIRI DAN SAHABAT2 YANG DAKU SAYANGI SEKELIAN…..YANG BAIK KITA AMBIL SEBAGAI PANDUAN YANG TIDAK BAIK KITA GUNAKAN UNTUK SEMPADAN…SALAM UKHUWAH….SALAM MUHIBBA…SALAM PERPADUAN DARI SY MENCARI SINAR….MOGA TUHAN SENTIASA MERAHMATI HIDUP KITA SEMUA…INSYAALLAH….(”,)
kesabaran dan ketekunan membaca artikel ini mudah2han memberi impak berguna buat kalian semua….salam kasih-mencari sinar-



0 ulasan:
Catat Ulasan