salam kasih.....
saya sudah sering mengkaji dan meneliti pelbagai buku tentang kecemasan dan gangguan mental, sama ada dari kalangan ulama ataupun dari kalangan yang lain. Semuanya sepakat pada tiga pokok yang terpaksa ditempuh oleh orng yang mengkhendaki sembuh dan terhindar dari gangguang mental, serta hatinye menjadi lapang.
Tiga pokok tersebut ialah:
1.Sentiasa menggantungkan hati kepada ALLAH,menyembahNYA,taat, dan berserah diri kepadaNYA.
2.Menutup fail-fail masa lalu dengan semua kepedihannya dan air matanya,kesedihan dan bencananye,kesusahan dan keresahannya. Dan menilai satu hidup baru dengan hari yang baru pula.
3.Membiarkan masa depan yang masih ghaib itu,tidak melarutkan diri di dalamnya dan menjauhkan diri dari segala bentuk ramalan yang tidak berasas. Tetapi berusahalah untuk hidup dalam lingkungan hari ini saja.
semua ini harus dilakukan bagi mereka2 yang ingin mencari sinar kebahagian,sinar harapan,dan kekuatan diri untuk lebih bersemangat dan berazam bagi meneruskan hidup hari ini tanpa kesedihan,tanpa keresahan,tanpa kemarahan,tanpa kedengkian dan tanpa kebenciaan....
insyaallah.....
Catatan sebelum ku pejam mata..
10 tahun yang lalu



0 ulasan:
Catat Ulasan